//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my friend . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i'll call My Superman kill you!.

Status : HA! PEDIA?


Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: WANIE

wanita ! hati-hati ! :)
Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dahpun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.Mencabar nafsu tak?Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?Mestilah tak.
Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

noni:well..the reality just like that. we as a women not think we as a sex object but this is the fact that people out there most of them think us like that, we as a woman just want to be carefully but in this era? must be extra extra extra carefully. it is quite true what the author said, maybe u are the one from nice guy out there that hard to find :) but most of the guy nowadays really made and think that women as an sex object, that’s why she came out with this article… there nothing wrong with this article, tak salah untuk lebih menjaga tingkah laku dan adab.. for the sake of our maruah :)

copy from : akuislam.com